fbpx

Pelaku cemar bau sungai berdepan denda RM100,000, penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan yang berbuih dan berbau sabun itu.

SHAH ALAM – Pelaku yang mengakibatkan pencemaran bau di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan sekitar Selangor bakal berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum setahun.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan berkata, pihaknya merujuk insiden pelepasan efluen terlarang ke alur air sehingga
mengakibatkan pencemaran bau dan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih selama tiga jam, baru-baru ini.

Katanya, ini kerana dianggap bakal menjejaskan bekalan air kepada pengguna domestik dan industri.

“Bahagian Penguatkuasaan SPAN telah menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bahan serta pelaku tersebut.

“Lawatan tapak termasuk di kawasan perindustrian berdekatan turut dilakukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bersama agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan misteri kejadian air sungai berbuih dan berbau sabun di Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan sejak Khamis lalu akhirnya terjawab apabila ia dipercayai berpunca daripada sebuah kilang perindustrian.

Pencemaran itu mula dikesan pada pukul 8 malam itu sehingga mengakibatkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti sementara, sebelum kem-bali beroperasi pagi kelmarin.

SPAN menjelaskan insiden berkenaan disiasat mengikut Seksyen 121 (1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Kesalahan itu melibatkan pencemaran terhadap alur air atau sistem bekalan air.l dan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

SPAN meminta orang ramai yang  mempunyai maklumat berkaitan perbuatan seumpama itu supaya menghantar mesej ke WhatsApp bernombor 013-3885000 atau e-mel ke [email protected]. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI