fbpx

Lelaki Nepal bunuh dua rakan senegara direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh dua pengawal keselamatan.

SEREMBAN – Seorang lelaki warga Nepal direman seminggu bermula hari ini berhubung kes pembunuhan dua pengawal keselamatan warganegara sama di Pusat Komersial Oakland di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Haryatie Mohd. Saini di Mahkamah Khas Reman hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nanda memberitahu, motif kejadian bunuh itu masih dalam siasatan. Ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Semalam Kosmo! Online melaporkan dua pegawal keselamatan warga Nepal ditemui mati dipercayai dibunuh rakan senegaranya di Pusat Komersial Oakland.

Kedua-dua mangsa berusia 35 dan 46 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di premis tersebut yang dijadikan kantin pekerja.

Terdapat kesan kecederaan iaitu hentakan pada muka mangsa dipercayai dipukul menggunakan penukul yang turut ditemui di lokasi kejadian.

Sebaik polis tiba, suspek berada bersama dua mangsa di lokasi berkenaan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI