fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk di Lembah Klang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysi) mengeluaran amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah ekoran cuaca buruk yang direkodkan pagi ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) serta keseluruhan Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan pula, antara daerah yang dilaporkan menerima kehadiran hujan lebat pagi ini adalah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

“Manakala, keadaan tersebut turut berlaku melibatkan kesemua daerah di Melaka dan beberapa di Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat),” katanya.

Sementara itu, tinjauan ke negeri Sabah pula, hanya daerah Tawau (Tawau) yang dilaporkan mengalami hujan lebat serta ribut petir yang dijangka kembali reda sekitar pukul 9 pagi nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR