fbpx

Belia paling ramai dijangkiti HIV di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak dikenali dalam talian turut dijangkiti HIV. - Thaiger

BANGKOK – Thailand merekodkan lonjakan jangkitan virus kurang imun (HIV)/ AIDS dalam kalangan belia, lapor laman be­rita Thaiger kelmarin.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit AIDS, Dr. Cheewanan Lertpiriyasuwat berkata, kes dalam golongan belia adalah hampir dua pertiga daripada rekod jangkitan HIV baharu.

Menurut beliau, jumlah itu jauh lebih tinggi daripada purata global iaitu sekitar 30 peratus.

Sebuah organisasi pencegahan HIV/AIDS, M Plus berkata, daripada 250 jangkitan baharu HIV yang dikesan di bandar Phitsanulok, lebih 60 peratus melibatkan  pelajar.

Menurut Model Epidemik AIDS, kira-kira 6,500 warga Thailand berkemungkinan dijangkiti HIV tahun lepas. Pada tahun sama, 9,300 orang di Thailand pula meninggal dunia akibat AIDS.

Angka kes HIV masih tinggi walaupun rawatan komprehensif penjagaan HIV adalah percuma di Thailand. 

Tambah Cheewanan, salah satu faktor penyebaran HIV ialah orang ramai melakukan hubungan seks dengan orang yang mereka kenali secara online.

Perlindungan penjagaan kesihatan sejagat (UHC) Thailand turut menawarkan ubat antiretroviral bebas HIV dan dua ujian darah secara percuma pada setiap tahun. Kira-kira 450,000 orang kini menerima ubat antiviral di negara itu.

Bagaimanapun, Presiden Rangkaian Thai untuk Orang yang Hidup dengan HIV/AIDS, Apiwat Kwangkaeu berkata, jumlah kematian yang tinggi akibat AIDS menunjukkan jurang dalam sistem sedia ada.

Apiwat percaya sesetengah orang mungkin berhenti mendapatkan antiretroviral kerana bimbang dengan stigma yang dikaitkan dengan ubat anti-AIDS.

Tambah beliau, banyak syarikat masih menjalankan ujian HIV terhadap rekrut termasuk sekolah tentera dan polis. Ramai majikan sering menolak calon yang disahkan positif.

Thailand kini mempunyai matlamat Get to Zero yang disa­sarkan untuk dicapai menjelang 2030. Ia bertujuan mengurangkan jangkitan HIV kepada tidak lebih 1,000 setahun dan kematian tidak lebih 4,000. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI