fbpx
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Istana Negara di sini hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN

PM tiba di Istana Negara, persembah senarai Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Kehadiran Anwar ke Istana Negara itu dipercayai untuk mempersembahkan senarai Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, pembentukan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara esok.

Terdahulu, pada sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi terkini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR