fbpx

Wanita maut, terjun bangunan tersangkut di tingkat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil mayat mangsa yang tersangkut di tingkat 20 sebuah bangunan di Damansara Perdana, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga tempatan meninggal dunia setelah dipercayai terjun di sebuah bangunan di Damansara Perdana, di sini, pagi tadi.

Wanita dipercayai berusia lingkungan 40 tahun itu difahamkan terjun dari tingkat 28 dan mayat mangsa tersangkut di tingkat 20 bangunan tersebut.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Faizul Izwan Mohamad berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.09 pagi dan tiba di lokasi kira-kira pukul 8.25 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa yang terjun dari tingkat 28 telah tersangkut di tingkat 20 bangunan berkenaan.

“Mangsa berjaya diambil dan dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20.

“Wanita berkenaan telah disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI