fbpx

Penuntut IPTA didakwa rogol dua remaja di kawasan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban.

SEREMBAN – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur, sejak Mac hingga Jun lalu.

Tertuduh remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan satu hingga tiga, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza di kawasan sebuah sekolah menengah di Sikamat, di sini dari Mei hingga Jun lalu.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, tertuduh telah melakukan perbuatan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berbeza di sekolah sama pada Mac dan Mei lalu.

Sehubungan itu, bagi kesemua pertuduhan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan ibunya hadir untuk membayar wang jaminan.

Ibu tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah kerana mempunyai empat orang anak yang masih belajar dan tertuduh merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jaminan sebanyak RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI