fbpx

Indonesia hulur bantuan sewa rumah kepada mangsa gempa Cianjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengalihkan serpihan dari mayat seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Ashika Nur Fauziah selepas ditemui di bawah runtuhan di kampung Cugenang pada 25 November lalu. - AFP

JAKARTA – Pemerintah Indonesia memberikan bantuan bulanan sebanyak 500 ribu rupiah (RM143) kepada mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat bagi tujuan membayar sewa rumah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Bantuan itu akan diberikan kepada mangsa yang terpaksa berpindah ke tempat lain selepas rumah mereka rosak dalam bencana itu.

“Masyarakat yang rumahnya roboh dipersilakan berpindah ke rumah saudaranya, diberi wang sewa 500 ribu rupiah (RM143) sebulan,” kata Ketua Daerah Cianjur, Herman Suherman kelmarin.

Bagaimanapun, pemerintah juga memberi pilihan kepada mangsa yang ingin menetap di sekitar rumah mereka. Pihak berkuasa menyediakan khemah yang boleh didiami mangsa sementara menunggu rumah mereka dibaik pulih.

Selain itu, pemerintah telah menyediakan tiga tempat pemindahan untuk mangsa gempa bumi iaitu di kawasan Cilaku, Mande dan Cipendawa.

“Kami sudah memberitahu semalam melalui ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) bahawa lokasinya di Kampung Sirnagalih di daerah Cilaku seluas 2.5 hektar. 

“Kedua di daerah Mande seluas 4 hektar. Ketiga di daerah Pacet, Cipendawa dengan keluasan 10 hektar,” katanya.

Cianjur digegarkan oleh gempa bumi cetek pada Isnin lalu. Jumlah kematian setakat semalam  adalah seramai 323 orang, manakala sembilan mangsa dilaporkan masih hilang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI