fbpx

Oyen tak mengalah, rebut ‘kerusi’ dengan tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap Layar Oyen yang enggan mengalah hendak merampas tempat duduk tuannya.

PETALING JAYA – Gelagat haiwan berbulu berwarna jingga atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ yang nakal dan pelik menarik perhatian ramai termasuk peminatnya di TikTok.

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @nurtiqaaaa menjadi tular disebabkan gelagat si Oyen yang tetap berdegil hendak merampas tempat duduknya.

“Alahai, lihat saja perangainya. Dia tetap hendak berebut duduk depan dan pada akhirnya, manusia terpaksa juga mengalah,” ujar pemilik hantaran tersebut menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut seterusnya berjaya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dan geram dengan gelagat haiwan berbulu yang comel itu.

“Perangai kucing saya sebijik dengan kucing itu. Dia tidak ingin duduk di bahagian belakang dan tetap berdegil ingin duduk depan,” kongsi seorang pengguna.

“Nampak gayanya, akak perlu membeli kereta baru. Kereta yang ini sudah menjadi milik Oyen,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.

“Oyen merampas tempat dengan cara yang halus. Sedikit demi sedikit dan akhirnya tempat itu menjadi miliknya,” ujar netizen lain pula.

Hantaran itu berjaya meraih 208,500 tanda suka, 3,922 komen dan 4,735 perkongsian setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI