fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang dimuat naik oleh Penduduksgpetani di Threads

Seram, orang ceroboh rumah ketika isteri bersendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kediamannya di Taman Cendana, Sungai Petani, Kedah diceroboh masuk oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika dia sedang bersendirian di rumah, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu tular di Threads selepas dikongsikan oleh akaun komuniti, @Penduduksgpetani, yang memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) suspek menceroboh masuk ke kawasan parkir kereta.

Menurutnya, mangsa baru sahaja pulang ke rumah selepas menghantar anak ke sekolah dan sengaja tidak mengunci pintu pagar kerana hanya ingin mengambil barang kerja sebelum keluar semula.

“Selepas lebih kurang lima minit, ada seorang lelaki turun dari padang kawasan depan rumah. Dia datang buka pagar dan masuk ke kawasan rumah,” katanya.

Berdasarkan rakaman berdurasi 14 saat itu, suspek yang berbaju gelap dilihat selamba memasuki kawasan rumah dan cuba membuka pintu jeruji (grill) serta pintu kayu utama, namun gagal kerana pintu tersebut berkunci dari dalam.

“Nasib baik pintu kayu berkunci, jadi dia tidak dapat masuk. Kalau tidak memang tidak tahu apa jadi,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, suami mangsa turut bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja sejurus dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Menyedari percubaannya gagal, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Tindakan suspek itu mengundang pelbagai reaksi pengguna yang bimbang akan tahap keselamatan di sekitar kawasan perumahan.

“Mungkin dia dah perhatikan lama. Dalam banyak-banyak rumah, kenapa rumah anda yang dipilih? Mungkin dia tahu isteri anda sahaja yang berada di rumah,” ujar Intanhaslina1366.

“Selepas ini isteri awak kena peka. Sebelum turun tengok dulu cermin sisi dan cermin belakang, turun dulu dan kunci pagar. Kemudian baru bagi anak-anak turun,” jelas Kisah_Tun_Teja pula. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN