fbpx
GAMBAR HIASAN

Pesanan air ‘dikebas’ pelanggan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan (rider) berdepan detik malang apabila pesanan air yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan ‘dikebas’ oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pemilik pesanan tersebut.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh Qtpi.Ni_, isteri kepada penghantar makanan itu berkata, pelanggan yang sebenar tersalah menetapkan kedudukan lokasi (pin) ke rumah jirannya yang terletak selang beberapa buah rumah sahaja.

Menurutnya, sebaik sahaja suaminya tiba di lokasi, seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah keluar dari rumah tersebut dan mendakwa kononnya minuman tersebut adalah miliknya.

“Suami tanya ada order (pesan) air dan wanita tersebut mengiyakan pesanan berkenaan sebelum segera membawa masuk minuman itu ke dalam rumah.

“Suami ingat dia masuk nak ambil duit sebab pesanan itu jenis bayaran tunai. Tekan-tekan loceng dan panggil pun tetap dia tak keluar,” katanya.

Tambahnya lagi, suaminya hanya menyedari telah ditipu selepas menghubungi pelanggan sebenar dan individu tersebutmengakui tersalah meletakkan lokasi penghantaran.

“Suami saya reda saja sebab dia tahu itu kecuaian dia pergi serah air dulu sebelum ambil duit, tapi sikap pelanggan palsu itu memang tidak guna betul. Miskin sangat agaknya.

“Suami fikir panjang tak mahu ambil tindakan drastik sebab risaukan kewangan kami, jadi saya pilih untuk tularkan supaya jadi kesedaran buat penghantar makanan (rider) lain,” ujarnya.

Rata-rata pengguna turut mengecam tindakan pelanggan palsu itu yang dianggap mengambil kesempatan atas kesilapan orang lain.

“Tak malu ke terang-terang ambil sesuatu yang bukan dia punya?,” kata Hayaisa.

“Sepatutnya suruh pelanggan yang betul suruh gegar pintu jiran yang ambil air dia itu. Mereka kan jiran, mesti malu kalau tersebar dalam kumpulan sembang taman,” tambah Suhana1007 pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN