fbpx

10 ejen ‘bookie’ Piala Dunia Qatar diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor menahan seramai 10 bookie perjudian di negeri ini sejak 21 November hingga semalam sempena Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang berlangsung, ketika ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 10 suspek yang dipercayai merupakan ejen ‘bookie’ melibatkan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan dan berusia antara 22 hingga 43 tahun.

Menurut beliau, mereka ditahan menerusi 10 serbuan berasingan yang dijalankan menerusi Op Soga sejak 21 November hingga semalam.

“Kesemua yang ditahan terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai kredit keseluruhan yang mencecah sehingga RM1.059 juta.

“Antara lain yang dirampas termasuklah wang tunai bernilai RM9,730, 10 telefon bimbit termasuk sim kad dan buku memo yang mempunyai catitan disyaki bagi pertaruhan sempena Piala Dunia Qatar 2022.

“Kejayaan operasi ini sebahagian besar merupakan hasil risikan dijalankan polis Johor dan aduan serta maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, kesemua suspek dikenakan reman dan disiasat mengikut Seksyen 6(1), Seksyen 6(3) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.

“Ops Soga ini dijalankan bermula 21 November lalu sehingga 19 Disember depan, bertujuan untuk membenteras gejala pertaruhan dan perjudian membabitkan Piala Dunia Qatar 2022.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI