fbpx

30 Ahli Parlimen BN perlu ada dalam Kerajaan Perpaduan – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

KOTA TINGGI – Penubuhan kerajaan perpaduan menjadi jalan terbaik dalam memecah kebuntuan politik negara yang sedang melanda pada masa ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pembentukan kerajaan perpaduan demi negara dan rakyat adalah bermaruah, mulia dan sangat menarik.

Jelasnya, ini adalah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Baginda juga menitahkan bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) harus menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu.

“Menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan tidak bermakna parti perlu menjual prinsip
dan dasar mereka. Sebaliknya, mereka boleh bersetuju dengan manifesto bersama untuk memasukkan seluas mungkin janji di dalam manifesto mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, kerajaan perpaduan atau gabungan besar seperti yang disebutkan di atas, telah ditubuhkan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan.

Ujarnya, sebagai contohnya kerajaan perpaduan nasional di Afrika Selatan dibentuk pada era pasca-aparteid untuk mengeset semula negara manakala kerajaan perpaduan nasional di Kenya dibentuk selepas krisis politik pada tahun 2007.

Azalina berkata, untuk membentuk kerajaan perpaduan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Perdana Menteri mestilah menjadi urusan pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI