fbpx

Cristiano Ronaldo individu pertama miliki 500 juta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo kini memiliki lebih 500 juta pengikut Instagram. – AFP

LONDON – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama di dunia yang memiliki seramai 500 juta pengikut di laman perkongsian gambar Instagram, lapor akhbar The Sun semalam.

Penyerang Manchester United itu mencatatkan bilangan pengikut Instagram kurang sedikit daripada 500 juta sebelum dia ditemu bual oleh pengacara TalkTV, Piers Morgan.

Kejayaan terbaharu itu muncul selepas Ronaldo memuat naik sekeping gambar sudah  diedit memaparkan dirinya dan seorang lagi bintang bola sepak, Lionel Messi sedang bermain catur dengan kerja sama Louis Vuitton.

Hantaran tersebut mendapat lebih 36 juta tanda suka dalam masa hanya sehari.

Morgan merakamkan ucapan tahniah buat Ronaldo dan dalam masa sama,  mengingatkan peminat Ronaldo bahawa Messi merupakan pesaing terdekat bintang tersebut dengan kekurangan lebih 100 juta pengikut.

“Berita terkini. Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama yang mencapai 500 juta pengikut Instagram, 124 juta lebih ramai berbanding pesaing terdekatnya, Lionel Messi yang berada di tempat kedua. Tahniah Cristiano,” kata Morgan.

Sementara itu, pelakon Dwayne Johnson (The Rock)  berada di tempat kelima dengan bekas bintang WWE itu memiliki 348 juta pengikut.

Selebriti , Kylie Jenner berada di tempat ketiga dan diikuti penyanyi, Selena Gomez di tempat keempat.

Selebriti lain yang berada dalam senarai utama ialah penyanyi, Ariana Grande di tempat keenam dan diikuti dengan Kim Kardashian, Beyonce, Khloe Kardashian serta Justin Bieber. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI