fbpx

Ketua kultus seks dihukum penjara 8,658 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN mengecapi populariti semasa menjadi pengacara program bual bicara di stesen televisyen miliknya. - AGENSI

ANKARA – Seorang ketua kultus yang didakwa memaksa hamba seks menjalani pembedahan plastik tanpa ubat bius,  menerima hukuman penjara selama 8,658 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketua kultus berkenaan, Adnan Oktar, 66, dipenjara tahun lalu atas pelbagai tuduhan termasuk mencabul remaja bawah umur, menipu dan cuba melakukan pengintipan politik serta ketenteraan.

Hukuman penjara itu akhirnya dibatalkan tetapi pada sesi perbicaraan semula semalam, Adnan dijatuhi hukuman penjara selama 8,658 tahun iaitu lapan kali ganda lebih panjang berbanding hukuman asal.

Adnan mengecapi populariti semasa menjadi pengacara sebuah rancangan bual bicara di saluran televisyen miliknya, A9 TV.

Wanita-wanita yang dikaitkan dengan dirinya dikenali sebagai ‘anak kucing’, manakala kultusnya mempunyai seramai 160 ahli pada satu masa.

Walaupun ramai wanita menjadi penyokong gerakannya, ramai juga meninggalkan kultus berkenaan dan berkata, mereka menjadi mangsa serangan seksual.

Eda Isildar yang melarikan diri dari kediaman Adnan di Turki dan berhijrah ke Kanada memberitahu akhbar Sunday Times sebelum ini bahawa dia diperdaya untuk menyertai kultus itu dan dipaksa menjalani pembedahan mencantikkan hidung tanpa ubat bius. 

“Ia sungguh teruk. Saya masih boleh mengingati tukul yang digunakan untuk membentuk hidung saya,” katanya.

Eda mendakwa bahawa dia masih seorang pelajar sekolah apabila diperkenalkan kepada Adnan dan dipaksa mengahwini lelaki itu.

Seorang wanita lain memberi keterangan pada perbicaraan Adnan bahwa lelaki itu menyerangnya dan wanita lain.

Dia juga berkata bahawa mereka dipaksa mengambil pil pencegah kehamilan. Polis menemui sejumlah 69,000 pil pencegah kehamilan di kediaman tertuduh. Adnan berkata, pil itu digunakan untuk merawat masalah haid dan penyakit kulit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI