fbpx

Cristiano Ronaldo dibuang MU? Poster ditanggalkan di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar poster gergasi yang memaparkan wajah Ronaldo telah ditanggalkan di luar stadium Old Trafford.

MANCHESTER – Poster gergasi yang memaparkan gambar pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang digantung di luar stadium Old Trafford akhirnya ditanggalkan.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa pekerja terlibat sedang menanggalkan poster besar itu.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen terutamanya peminat sukan bola sepak dunia.

Ramai yang beranggapan pemain berusia 37 tahun itu telah dibuang daripada kelab Manchester United (MU).

Terdahulu, Ronaldo digugurkan daripada skuad perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea menjelang minggu ke-13 apabila pengurus Erik Ten Hag menghukumnya gara-gara meninggalkan Old Trafford semasa pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada hari perlawanan ke-12.

Ronaldo kemudiannya dilihat kembali berlatih bersama pasukan utama.

Lapor portal Agensi Anadolu (AA), Ronaldo telah menghadiri sebuah temu bual dengan Morgan pada Isnin lalu dan memaklumkan beliau berasa dikhianati oleh MU dengan mendakwa Ten Hag cuba memaksanya keluar daripada pasukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

@espnfc #ManchesterUnited have begun taking down a mural from Old Trafford 👀 #manunited #mufc #cristianoronaldo #ronaldo #soccer #football ♬ sonido original – 💔

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI