fbpx

Penunggang basikal di Tokyo berdepan saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis memberitahu penunggang basikal mengenai langkah tegas terhadap kayuhan berbahaya di luar Stesen JR Shinagawa di Tokyo, 19 Oktober lalu. - Kyodo

TOKYO – Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memperkenalkan hukuman yang lebih tegas bagi empat salah laku penunggang basikal ekoran peningkatan kes kesalahan lalu lintas di bandar ibu kota Jepun itu, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Di bawah peraturan yang berkuatkuasa akhir Oktober lalu, penunggang akan dikenakan saman trafik dan bukannya amaran jika didapati mengabaikan lampu isyarat, gagal berhenti seketika di kawasan tertentu, melawan arus atau berbasikal secara laju di kaki lima.

Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data polis menunjukkan ia menyumbang sehingga 46.6 peratus dalam angka kemalangan tahun ini setakat akhir September lalu.

Pada tah2021, Jepun melaporkan 21,906 kes berbasikal secara haram dan 359 kematian akibat kemalangan basikal. Sekitar lebih 75 peratus kes itu melibatkan kematian, pelanggaran peraturan dan mengabaikan lampu isyarat.

Lonjakan kes berlaku susulan peningkatan penggunaan basikal yang sebahagiannya didorong oleh industri penghantaran makanan yang berkembang dan perubahan gaya hidup, didorong oleh pandemik Covid-19.

Perubahan itu turut melibatkan ahli politik Jepun di mana berlakunya peningkatan jumlah mereka yang berbasikal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar daerah Nagatacho yang merupakan pusat politik negara.

“Apabila kereta kerajaan berwarna hitam ditarik, ketika itulah saya membeli basikal hitam,” kata ahli parlimen Parti Demokratik Liberal, Takashi Yamashita yang berkhidmat sebagai menteri keadilan dari 2018 hingga 2019.

Di bawah peraturan lebih tegas, individu yang dikenakan dua saman dalam tempoh tiga tahun perlu menghadiri kursus berbasikal yang diselia polis selama tiga jam, di mana mereka perlu membayar sebanyak 6,000 yen (RM196) untuk sesi berkenaan.

Mereka yang gagal menuruti arahan akan disaman sehingga 50,000 yen (RM1,636).

Pesalah juga boleh dikenakan hukuman jenayah walaupun kadar pendakwaan akibat saman hanya sekitar satu hingga dua peratus. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI