fbpx

Orang ramai lega, LRT kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stesen LRT Masjid Jamek, antara Laluan Kelana Jaya yang dibuka sepenuhnya bermula pukul 6 pagi, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang sebelum ini ditutup ekoran gangguan, kini beroperasi seperti sedia kala hari ini.

Tinjauan Kosmo! di stesen LRT terjejas mendapati, suasana di sekitar kembali sedia kala dengan penumpang keluar masuk dari tren dan platform.

Malah, rata-rata pengguna ditemui berasa lega kerana gangguan tersebut menyebabkan mereka perlu menggunakan inisiatif lain termasuk teksi atau perkhidmatan p-hailing.

Suasana di sekitar stesen terjejas seperti KL Sentral dan Masjid Jamek sibuk dengan kehadiran orang ramai yang hendak ke tempat kerja terutama di waktu kemuncak.

Menerusi kenyataan Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) semalam, pihaknya membuka keseluruhan jajaran perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya bermula pukul 6 pagi, hari ini.

Pembukaan itu adalah dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Terdahulu, sebanyak 16 stesen Stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI