fbpx

Lelaki patah kaki dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasib malang menimpa lelaki apabila kakinya kanannya patah dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 15, Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga), arah ke Kajang, di sini, kelmarin.

KAJANG – Nasib malang menimpa lelaki apabila kakinya kanannya patah dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 15, Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga), arah ke Kajang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.30 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dilanggar lari sebuah kereta yang tidak dikenali.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila mangsa yang sedang menunggang motosikal dari rumahnya di Setapak menghala ke tempat kerjanya di Sungai Long.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa berusia 35 tahun yang berada di lorong kiri dilanggar bahagian belakangnya dengan sebuah kereta yang tidak dikenali dan kereta tersebut terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan kemalangan itu, mangsa mengalami cedera patah kaki kanan dan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Tambah Mohd Zaid, polis telah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Usaha mengesan pemandu kereta tersebut sedang giat dijalankan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke balai polis yang berdekatan di daerah Kajang atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI