fbpx

Lelaki terselamat selepas jatuh dalam cecair aluminium mendidih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu terjatuh ke dalam cecair aluminium bersuhu 720 darjah Celsius. - Bloomberg via Getty Images

BERN, Switzerland – Seorang juruelektrik berusia 25 tahun di Switzerland terselamat selepas terjatuh ke dalam relau yang mengandungi cecair aluminium yang menggelegak pada suhu 720 darjah Celsius, lapor akhbar Daily Star semalam.

Walaupun mengalami kesakitan akibat terjatuh, lelaki itu sempat keluar dari relau tersebut dan kini dirawat di hospital kerana mengalami kesan lecur.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu di bandar St. Gallen, timur laut Switzerland. Mangsa dikatakan sedang bekerja di lokasi tersebut sebelum terjatuh melalui pintu ke dalam cecair logam panas.

Walaupun mengalami kesakitan akibat bahagian kaki sehingga paras lututnya tenggelam dalam cecair aluminum, mangsa berjaya keluar dari relau tersebut.

Selepas penggera dibunyikan, doktor dan paramedik bergegas ke tempat kejadian sebelum helikopter ambulans milik sebuah perkhidmatan penyelamat udara tiba untuk membawanya ke hospital.

Juruelektrik itu dilaporkan melecur dan cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Polis tempatan kini menyiasat bagaimana kejadian ngeri itu berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI