fbpx

Ismail Sabri bapa pembangunan Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) selaku penyandang Ahli Parlimen Bera berjaya memberikan kemudahan hospital untuk penduduk di sekitar daerah berkenaan.

BERA – Satu masa dahulu Bera hanya sebuah pekan kecil yang tidak ada banyak kemudahan, selain sebuah daerah biasa yang dikelilingi Felda dan juga kampung-kampung tradi­sional.

Bera merupakan daerah ke-11 di Pahang yang diisytiharkan secara rasmi menjadi daerah pada 1992 yang mana sebelum itu hanya sebahagian daripada daerah Temerloh.

Namun siapa sangka hari ini ‘wajah’ Bera berubah 360 darjah apabila lonjakan pembangunan di kawasan itu begitu pesat sekali. Apa yang tiada di daerah itu, daripada aspek sosial, ekonomi, pendidikan semua­nya semakin lengkap.

Namun hakikatnya pemba­ngunan demi pembangunan tidak datang bergolek, perubahan Bera yang dahulu jauh ke­tinggalan berbanding daerah lain di Pahang ini sebenarnya adalah hasil perjuangan penyandang Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Limpahan pembangunan di­bawa beliau yang kini merupakan Perdana Menteri memberi manfaat dan makna besar kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Dari segi pembangunan, Bera kini terus melonjak maju apabila terdapat pembangunan bandar di Pusat Komersial Ke­rayong, Triang Sentral dan terbaru proses pembangunan bandar baharu, Bandar 34.

Bandar 34 yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi menyaksikan wujudnya Maktab Rendah Sains Mara Angkatan Tentera Malaysia (MRSM ATM) dan Kem Tentera iaitu Rejimen ke-34 Artileri Diraja.

Pembangunan berterusan di Bandar 34 menyaksikan satu lagi projek dilancarkan Ismail Sabri iaitu projek pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bera dengan pemba­ngunan 1,000 unit rumah di kawasan seluas 36 hektar.

Dalam aspek pendidikan, selain sekolah pelbagai institusi pengajian juga telah wujud di daerah iaitu Giat Mara dan Kolej Komuniti yang memberikan kemudahan kepada warga Bera.

Jika dilihat daripada pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, sebenarnya boleh dikatakan bahawa di Bera ini tiada lagi kampung tradisional atau pun kampung Orang Asli yang tidak mempunyai jalan yang baik dan berturap.

Di Bera ketika ini merekodkan 404 kilometer jaringan Jalan Persekutuan dan 148 kilometer jaringan jalan negeri, tidak termasuk jalan-jalan di kampung tradisional dan kampung Orang Asli serta jalan perbandaran.

Pada masa ini pembinaan dan penambahbaikan jalan terus dilakukan menyaksikan pembinaan Jalan Utama Gemas-Temerloh (FT10) iaitu dari Tanjung Belenggu di sempadan Temerloh-Bera ke

Kera­yong sepanjang 15 kilometer dengan kos kira-kira RM103 juta berjaya disiapkan.

Pembangunan Jalan dari Bandar Kerayong ke Simpang Sebertak sepanjang 18 kilo­meter bernilai hampir RM40 juta pula telah siap dan proses permohonan sedang dibuat bagi fasa ketiga melibatkan pembinaan jalan baharu dari Simpang Sebertak ke kawasan-kawasan Felda dan perkampungan pula.

Bera dijangka terus membangun, maju dan mampu mendahului pembangunan daerah lain pada masa akan datang jika di­terajui BN dan Ismail Sabri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI