fbpx

[VIDEO] Alyah pernah nak sertai GV, tapi ada kekangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHU mengelakkan timbulnya sebarang konflik peribadi, Alyah memilih untuk tidak melibatkan diri dengan program Gegar Vaganza yang disertai suaminya, Datuk Ramli MS selaku ketua juri.

GENTING HIGHLANDS – “Saya pernah nak sertai Gegar Vaganza (GV) tau tapi tak diterima.”

Demikian pengakuan penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan apabila ditanya sama ada pernah terlintas di fikiran untuk menyertai program realiti nombor satu negara, GV.

Isteri kepada ketua juri program realiti berkenaan, Datuk Ramli MS itu memaklumkan, kalau bukan kerana suaminya bertugas di meja juri, mungkin sudah lama dia bertanding.

“Sebab (betul) suami saya ada di sana (GV). Saya tak naklah ada personal conflict (konflik peribadi).

“Takut terkeluar awal pun kena (hentam), kalau duduk menang pun kena dan pergi final pun kena. Jadi, serba salahlah. Jadi, takpayahlah (bertanding),” katanya kepada Kosmo! Online.

Bakal muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Cinta Sahabiyah, Alyah, 41, menambah, sebelum semua itu berlaku, lebih baik dia menghindari daripada terlibat sebagai peserta GV.

“Serba-serbi akan dihentam. Saya dah tahu dah benda itu. Tidak mengapalah, tolonglah sokong Cinta Sahabiyah ini (ketawa),” ujarnya.

Sekadar info, Ramli MS telah menjalankan tugasnya sebagai juri tetap GV sejak musim perdana program realiti tersebut sehingga musim terbaharu yang sedang rancak berlangsung. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI