fbpx

Pemuda derita penyakit misteri selepas keluar memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSNIZA menunjukkan keadaan anaknya, Tuan Mohamad Hanif di rumahnya di Kampung Pangkal Changgong, Machang baru-baru ini.

MACHANG – Seorang pemuda buntu selepas gagal mencari punca penyakit misteri dihadapi sejak dua bulan lalu yang menyebabkan seluruh badannya menjadi berkudis selain berasa sangat gatal.

Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid, 20, berkata, penyakit itu dideritai selepas makan udang hasil memancing di Sungai Belad Kampung Belukar, Kuantan, Pahang menyebabkan dia hanya mampu tidur dua jam sahaja.

Menurutnya, selepas enam jam makan udang galah yang dimasak bersama mi segera, badannya mula gatal-gatal dan seluruh anggota badan menjadi panas dan melecur.

“Saya kemudian dibawa ibu, Yusniza Mohd. Zaidi, 41, ke sebuah hospital di Kuantan untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor mengesahkan saya tiada penyakit,” katanya

Rentetan itu, Tuan Mohamad Hanif berkata, dia dan ibunya, mengubah haluan berubat de­ngan pengamal perubatan.

“Selepas seluruh badan melecur dan berkudis, saya dibawa berjumpa hampir 10 pengamal perubatan, namun semuanya gagal malah tidak mengurangkan kesakitan dialami.

“Saya terpaksa menggunakan wang gaji ibu untuk belanja perubatan tetapi setakat ini penyakit saya semakin serius sehingga saya hanya tidur selama dua jam setiap malam,” ujarnya.

Sementara itu, Yusniza yang bekerja sebagai pengawal ke­selamatan di sebuah kilang kosmetik berkata, dia sedih melihat keadaan anak kedua da­ripada tiga beradik itu menjerit me­ronta-ronta apabila tidak tahan de­ngan kepedihan yang dirasai pada seluruh anggota badan.

Katanya, setiap bulan dia terpaksa menghabiskan gajinya berjumlah RM1,400 untuk perbelanjaan merawat anaknya.

“Saya tidak mampu lagi untuk membawa anak saya berjumpa pengamal perubatan kerana tiada wang. Ada masanya terfikir mahu berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat keadaan Tuan Mohamad Hanif yang sering menangis kerana kesakitan.

“Tetapi kalau saya berhenti kerja, wang untuk perbelanjaan anak saya pula tiada.

“Saya merayu sangat kepada orang ramai agar dapat membantu memberi rawatan secara percuma untuk menyembuhkan penyakit misteri yang dihadapi anak kedua ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin me­nyalurkan sum­bangan boleh menyalurkan ­ke akaun Maybank 156226348477 atau meng­hubunginya ditalian 018-914 9267 (Tuan Mohamad Hanif).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI