fbpx

Pangkalan data lebih 800,000 pengguna MySPR didakwa dijual dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebuah laman web teknologi melaporkan lebih 800,000 pangkalan data pengguna yang didakwa diperoleh daripada sistem MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai dijual pada harga RM9,401 secara dalam talian.

Ia berdasarkan dakwaan seorang pengguna Twitter yang menyatakan pangkalan data itu antaranya mengandungi nama penuh, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, alamat emel, tarikh lahir, swafoto dan kata laluan pengguna.

Maklumat itu didakwa sebahagian daripada data Electronic Know Your Customer (eKYC) sistem MySPR yang dikumpul pada 2019 apabila orang ramai mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dalam talian.

Pangkalan data itu juga didakwa mengandungi lebih daripada 1.6 juta imej eKYC dengan jumlah saiz fail 67GB dan penjual meminta bayaran AS$2,000 sama ada dalam mata wang kripto Bitcoin atau Monero.

Penjual juga mendakwa memiliki daftar pemilih penuh dengan butiran 22 juta pemilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI