fbpx

Beribu-ribu ikan melompat naik ke atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk dilaporkan terserempak dengan longgokan ikan sedang melompat ketika berlabuh di sebuah jeti. – Thaiger

BANGKOK –  Penduduk Koh Lanta, di  wilayah Krabi mendapat durian runtuh apabila beribu-ribu ekor  ikan melompat naik ke atas sebuah jambatan di pulau berkenaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Mereka menangkap dan membawa pulang ikan-ikan itu untuk dimakan. Kejadian aneh ikan melompat  itu disedari seorang penduduk ketika berlabuh di sebuah jeti.

Baka ikan tersebut dikenali sebagai ‘Ta Maew’, sejenis ikan yang sering ditemui di Koh Lanta, demikian menurut pegawai di pejabat perikanan wilayah Krabi.

Pegawai tersebut berkata, ikan itu akan berenang ke  Koh Lanta pada dua musim iaitu  Mac dan November. Ia dikatakan pergi ke Koh Lanta untuk bertelur. 

Seorang penduduk, Sunan Madsaron berkata, meskipun ia sesuatu yang normal untuk melihat kawanan ikan Ta Naew berenang di sepanjang pantai, dia tidak pernah melihat ikan-ikan itu  melompat ke atas jambatan.

Tidak dapat dipastikan mengapa ikan-ikan itu bertindak demikian, namun kadang kala ia melompat keluar dari air disebabkan paras oksigen yang rendah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI