fbpx

PRU15: Mahathir akui GTA kurang sokongan di beberapa lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir ( dua kanan) ketika program walkabout di Pasar Malam Seksyen 24 Shah Alam, hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Gerakan Tanah Air (GTA) mengakui terdapat kawasan Parlimen yang ditandingi kurang mendapat sokongan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan berusaha menarik pengundi dengan memastikan masyarakat mengetahui manfaat akan diperoleh sekiranya memilih parti itu.

“Saya nampak di sini (Shah Alam) mendapat sokongan baik dan yakin boleh menang di kawasan ini dengan bantuan semua orang.

“Tetapi tentu ada kawasan-kawasan kurang baik dan kita sudah usahakan supaya mereka faham apa yang GTA lakukan dan manfaat akan diperoleh kalau GTA menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program walkabout di tapak niaga pasar malam Seksyen 24, di sini hari ini.

Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun yakin GTA mampu menang di banyak kerusi Parlimen termasuk di Langkawi, Kubang Pasu dan Jerlun.

Tambah Dr. Mahathir, rakyat negara ini perlu memilih kerajaan yang kukuh tanpa perlu gabungan mana-mana parti bagi mengelakkan politik bergolak semula seperti yang berlaku ketika ini.

“Mungkin ada gabungan, tetapi rakyat lebih baik pilih kerajaan secara langsung, tidak perlu ada gabungan.

“Apabila ada gabungan akan bergolaklah politik macam lihat sekarang ini, ada yang jatuh, ada yang naik. Pelbagai kerenah yang ada pada orang politik ini pasal nak rebut tempat.

“Sebab itu, ada pintu belakang dan tebuk atap serta sebagainya. Tidak suka suruh bubar Parlimen, ada pilihan raya, jadi politik kita akan jadi ombak tak tentu arah,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI