fbpx

Dua kereta rosak dihempap tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kereta rosak dihempap tanah runtuh di Lorong 12, Taman Pinggiran Pedas, malam tadi. - Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Dua kereta rosak dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Lorong 12, Taman Pinggiran Pedas, di sini lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Izwan Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.45 malam dan pasukannya bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba didapati terdapat tanah runtuh akibat daripada hujan lebat melibatkan kereta jenis Proton Waja dan juga Proton Saga FLX. Kejadian ini juga turut melibatkan pagar rumah penduduk,” katanya hari ini.

Sementara itu, mangsa, Mohd. Aidil Kamsani, 45, iaitu pemilik kereta jenis Proton Waja berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan sekitar pukul 7.15 malam, dia bersama beberapa rakan berada di bawah pondok di hadapan rumah.

“Selepas tu saya dengar bunyi batu dibaling atas atap. Saya fikir jiran atas bergurau sebab biasa memang macam itu, tapi tak sedap hati sebab saya tertanya-tanya itu bunyi batu atau pergerakan tanah.

“Masa tu tengah hujan lebat. Saya suruh rakan keluar dari pondok dan saya masuk ke rumah untuk ambil kunci. Tak sempat bila keluar sahaja kereta saya sudah dihempap tanah runtuh dan rosak,” katanya.

Menurutnya, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan lebih-lebih lagi dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM15,000, perkara itu sudah ketentuan Allah.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Hafizzudin Hashim, 31, kebiasaannya dia memarkir kenderaan di hadapan rumah, namun hari ini dia telah memarkir di kawasan tepi tebing tanah tembok pagar jiran

“Saya  berada dalam rumah tiba-tiba dengar bunyi benda meletup. Saya keluar sahaja pokok kelapa sudah berada di atas kereta saya,” katanya sambil menganggarkan kerugian yang dialaminya sekitar RM13,000.

Difahamkan kejadian tanah runtuh di taman berkenaan baharu pertama kali berlaku dalam tempoh 10 – tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI