fbpx
Robert Kuok

Tauke gula, Robert Kuok kekal jadi 100 orang terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Robert Kuok terus mencipta kejayaan apabila kekal disenaraikan sebagai 100 individu paling kaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sekitar AS$14.9 bilion (RM70.6 bilion), sekali gus berada di kedudukan ke-98 carta berkenaan.

Kedudukan terkini itu dinyatakan melalui loparan Indeks Bilionwan Bloomberg setakat awal November ini di mana kekayan dimiliki Robert Kuok membolehkan beliau diangkat sebagai antara 100 individu paling kaya di dunia.

kekayaaan dimiliki anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu bukan sahaja diperolehi melalui perniagaan berasakan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung, namun turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.

Sebelum ini, Forbes Asia turut menyenaraikan Robert Kuok sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM48 bilion) pada tahun 2020 seterusnya kekal memegang gelaran itu melebihi 20 tahun.

Selain itu, berdasarkan tinjauan di Indeks Bilionwan Bloomberg setakat ini, Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow turut disenaraikan sebagai 500 individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sekitar AS$6.43 bilion (RM30.5 bilion), sekali gus membolehkan Hong Piow berada di kedudukan ke-328.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk terus mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$190 bilion meskipun mengalami kerugian aset berjumlah AS$80.4 bilion.

Pada Oktober lalu, Elon dilaporkan hilang sebanyak AS$100 bilion dalam tempoh kurang dari setahun ekoran kejatuhan mendadak harga saham Tesla.

Menurut laporan majalah Forbes, nilai kekayaan Musk berkurangan hampir 35 peratus daripada AS$320.3 bilion (RM1.51 trilion) pada November tahun lalu kepada AS$209.4 bilion (RM992.14 bilion) pada Khamis lalu.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di kedudukan ke-29 individu paling kaya dengan kerugian nilai kekayaan sebanyak AS$88 bilion. -KOSMO! ONLINE

POPULAR