fbpx

PRU15: Cuti umum jika PN menang PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika melancarkan tawaran PN Best di Shah Alam, malam ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Cuti umum sehari akan diberikan sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran tambahan itu bagi memboleh pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin.

Katanya, beliau mengetahui keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau tempat lain daripada tempat tinggal mereka.

“Jadi, saya nak umumkan, jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu (19November) nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad (20 November) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Hari Isnin (21November) bagi negeri-negeri lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tawaran PN Best di sini, hari ini.

Muhyiddin menegaskan, tawaran PN adalah tawaran yang boleh dilaksanakan dengan pengalaman yang ada sebagai kerajaan sebelum ini.

Tambah beliau, sebuah Jawatankuasa Khas dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung tawaran PN Best sebagai bukti komitmen PN terhadap pelaksanaan tawaran itu.

PN Best dengan bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI