fbpx

Projek stesen ECRL Puncak Alam masih diteruskan – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (kiri sekali) selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang program itu di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kerajaan masih meneruskan projek pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan stesen baharu di jajaran Puncak Alam, di sini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perancangan itu sememangnya tetap berjalan seperti yang dirancang dan diluluskan sebelum ini.

Jelas beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, perkara itu dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), enam bulan lalu.

“Saya sebelum ini hanya mengutarakan cadangan pembinaan stesen ECRL itu selepas menerima permintaan daripada penduduk Puncak Alam.

“Alhamdulilah, projek itu diluluskan dan akan tetap diteruskan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pada program Hari Keluarga Bandar Puncak Alam di Bandar Puncak Alam sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kereta api ECRL yang dijangka beroperasi pada 2027 itu mampu menampung 5.6 juta penumpang setahun atau maksimum 440 penumpang bagi setiap perjalanan menerusi enam gerabaknya.

Jajaran ECRL itu melibatkan Selangor termasuk Seksyen C2 melibatkan jajaran sepanjang 74.25 kilometer (km) yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) serta Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo).

Tambah Tengku Zafrul, stesen baharu itu akan dibina di sekitar kawasan Alam Suria.

“Namun, saya tidak pasti bila pembinaan itu akan dimulakan, namun masih diteruskan setakat ini.

“Saya berharap pembinaan stesen itu kelak memberi manfaat kepada penduduk daerah ini terutama menjana ekonomi dan peluang pekerjaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI