fbpx

PRU15: Jalan Sultan Azlan Shah ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur akan ditutup esok bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Batu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penutupan jalan itu akan dilaksanakan bermula pukul 6 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Ia melibatkan kedua-dua hala melalui Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh) dari persimpangan Jalan Perhentian sehingga persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Laluan yang sama juga akan ditutup pada 19 November nanti sempena hari mengundi bermula pukul 6 pagi sehingga 11.59 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peta laluan terlibat.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Hari penamaan calon PRU15 yang ditetapkan pada 5 November iatu esok akan berlangsung serentak di seluruh negara membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI