fbpx

Lesap RM49,990 selepas tempah durian di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Seorang peniaga mengalami kerugian RM49,990 selepas melakukan urusan jual beli buah durian yang tidak wujud menerusi aplikasi Facebook Durian Senpai, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, mangsa berusia 51 tahun dikatakan tertarik dengan paparan iklan mengenai jualan buah durian dan telah membuat tempahan pembelian pada harga RM190.

“Mangsa seterusnya membuat pembayaran menerusi satu akaun bank sebelum penjual memintanya untuk mengisi maklumat akaun bank melalui satu pautan aplikasi APK yang diberikan.

“Ia kononnya bagi memudahkan urusan pembelian buah durian tersebut dan tanpa rasa curiga, mangsa terus memuat turun aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa terus mengisi maklumat akaun bank simpanan dan perniagaan miliknya seperti diminta dalam ruangan maklumat aplikasi berkenaan.

“Selepas itu mangsa membuat semakan baki dan mendapati wang dalam kedua-dua akaun bank berkurangan sebanyak RM49,990,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis sedang mengumpul maklumat berkaitan pemilik akaun bank digunakan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI