fbpx

Suami mangsa kemalangan maut mohon kongsi rakaman dashcam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang turut dikongsikan Allan Cham di Facebook ketika tragedi yang meragut nyawa isterinya, 26 Oktober lalu.

PETALING JAYA – Suami mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan, meminta bantuan orang ramai berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ketika kejadian, 26 Oktober lalu.

Allan Cham Wei Lun melalui hantaran di Facebook hari ini berkata, kejadian tersebut berlaku di Kilometer (KM) 129.5 dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.45 petang.

“Sebagaimana yang anda semua ketahui, saya serta mendiang isteri terlibat dalam kemalangan ini dan telah meragut nyawa isteri tercinta saya.

“Saya sedang mencari mana-mana pihak yang mempunyai rakaman dashcam yang merakamkan insiden kemalangan ini. Semoga tuhan merahmati dan membalas budi baik anda semua,” ujarnya.

Dalam masa sama, Allan Cham turut meminta pengguna Facebook untuk menyebarkan perkongsiannya itu bagi menjejak orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 4,000 perkongsian sejak dimuat naik tujuh jam yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI