fbpx
Maliki (hadapan, kanan) yang sebak ditenangkan salah seorang jemaah selepas mengimamkan solat jenazah empat mangsa kemalangan di Masjif Sultan Mahmud, Al Muktafi Billah Shah, Dungun hari ini.

Nahas 4 maut: Jenazah kesemua mangsa selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang terkorban dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, dan isterinya, Nor Azlina Abd. Latif, 33, ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73, dan anak saudaranya, Nur Airish Syifa Sidek, 10, selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi.

Terdahulu, keempat-empat jenazah yang dibawa pulang dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kota Tinggi, Johor tiba di Masjid Sultan Mahmud, Al Muktafi Billah Shah, di sini pada pukul 8.35 pagi.

Imam Maliki Saidi yang mengimamkan solat jenazah yang disertai lebih 100 jemaah itu dilihat sebak ketika memulakan solat tersebut.

Suasana di tanah perkuburan yang dihadiri lebih 200 kenalan dan ahli keluarga juga bertambah pilu apabila ahli keluarga mangsa masing-masing dilihat tidak dapat menahan sebak dan sedih dengan kehilangan insan kesayangan mereka.

Keempat-empat jenazah dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah bapa Mohd. Aiman, Mohd. Rashid Dolah yang meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.16 tengah hari semalam, empat sekeluarga tersebut maut selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN