fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV keadaan di Lebuh Raya Utara-Selatan yang sesak pagi ini.

Trafik sesak di lebuh raya, semua ‘pakat’ keluar bercuti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 11.22 pagi hari ini susulan pertambahan jumlah kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha, diikuti cuti persekolahan dan hujung minggu.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan di arah utara dari Rawang Selatan ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Kuala Kangsar, Seberang Jaya ke Sungai Dua serta Gurun ke Pendang.

Dalam masa sama, berlaku kemalangan di Kilometer 73.5 arah utara dari Gurun ke Pendang sekali gus menyebabkan lorong kecemasan terhalang sekali gus menyumbang kepada aliran trafik perlahan di lokasi berkenaan.

“Bagi arah selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Bukit Tambun (selatan) ke Bandar Cassia serta Taiping Utara ke Changkat Jering,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN