fbpx

Resipi celup tepung pikat pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azlinda menunjukkan adunan tepung untuk menghasilkan makanan berasaskan celup tepung beserta sos hasil resipi sendiri di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu baru-baru ini.

SETIU – Keenakan makanan laut segar yang disaluti tepung rangup dihidang bersama pencicah resipi sendiri menjadi tarikan utama pengunjung ke NL Celup Tepung Bira Pata, Pantai Penarik, Setiu, Terengganu.

Pengusaha restoran berkenaan, Nor Azlinda Abas, 40, berkata, pengalaman lebih tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan makanan celup tepung itu memberi kelebihan untuknya mengolah sendiri adunan tepung serta sos pencicah mengikut seleranya serta menepati cita rasa pelanggan.

Katanya, pada peringkat awal dia hanya memproses bekalan tepung serta sos pencicah itu untuk keperluan pelanggan di restoran berkenaan sahaja.

“Namun lama-kelamaan sambutan yang dit erima amat menggalakkan sehingga saya memilih untuk memasarkan tepung buatan sendiri NL serta sos pencicah itu secara komersial.

“Di samping juadah hasil laut seperti sotong, udang, ketam dan ikan celup tepung, restoran ini turut menyediakan hidangan lain yang dimasak oleh cef berpengalaman,” katanya.

Nor Azlinda menerangkan, setakat ini terdapat tiga cef yang bergilir-gilir memasak sepanjang tempoh restoran itu mula beroperasi seawal pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan awal dalam dunia perniagaan, ia bermula daripada hasrat hati usahawan ini yang mahu membantu menambah pendapatan suaminya sejak 14 tahun lalu.

“Saya menjadi sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mendapatkan kemudahan pinjaman wang berjumlah RM3,000 dan digunakan sebagai modal tambahan perniagaan suami.

“Bermula dari situ saya belajar tentang bidang perniagaan secara lebih serius sebelum timbul idea untuk membuka perniagaan sendiri berasaskan menu celup tepung ini,” katanya.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata, dia amat bertuah kerana sokongan dan bantuan kewangan daripada AIM memberi peluang kepadanya mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik.

“Saya amat berterima kasih kepada AIM kerana menyediakan kemudahan bantuan pinjaman daripada RM3,000 kini boleh meminjam sehingga RM45,000

“Perancangan masa depan saya adalah mahu mengembangkan lagi cabang perniagaan melalui NL Holidays dengan menawarkan perkhidmatan pakej percutian ke Pulau Redang menggunakan bot sendiri,” katanya.

Untuk penggemar makanan laut bersalut tepung ini, boleh layari Facebook NL Celup Tepung Bira Pata atau laman Instagram @nlceluptepungpenarik atau Tiktok @nl.celuptepung atau boleh hubungi Nor Azlinda di talian 016-609 6225. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI