fbpx

Belum ada bukti rakyat Malaysia terlibat insiden rempuhan di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padat dan sesak yang berlaku semasa perayaan Holloween di Itaewon, Seoul.

PUTRAJAYA- Kementerian Luar mengulangi kenyataan bahawa belum ada lagi bukti sahih yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia maut dalam insiden rempuhan di Seoul kelmarin.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri memaklumkan pihaknya sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan untuk menyemak perkara itu.

“Kami masih dalam usaha untuk memastikan kesahihan berkaitan dakwaan konon terdapat warga Malaysia yang terkorban dalam insiden itu yang tular menerusi media sosial.

“Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat terkini mengenai kejadian buruk itu boleh menghubungi pihak kedutaan menerusi saluran yang disediakan,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, rakyat Malaysia yang berada di Seoul dan mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi Canseri Malaysia di talian +8210 8974 8699

Sejak semalam, hantaran yang mendakwa ada rakyat Malaysia maut dalam peristiwa berdarah bersempena sambutan Halloween di Itaewon, Seoul tular di media sosial.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.15 malam (9.15 malam waktu Malaysia) pada Sabtu itu telah meragut seramai 154 nyawa apabila lebih 100,000 orang bersesak membanjiri kawasan tersebut.

Setakat ini, seramai 154 mangsa terbunuh akibat sesak nafas selepas ditolak kumpulan individu di laluan belakang dengan 128 orang daripadanya merupakan penduduk Korea Selatan sendiri.

Sementara 26 warga asing maut dengan paling ramai dari Iran iaitu lima orang diikuti China dan Rusia masing-masing empat individu serta Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI