fbpx

Kurangkan gambar ‘free hair’, Nad Zainal akui belajar bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL

PETALING JAYA – Mengakui sedang dalam fasa belajar untuk bertudung penuh, pelakon Nad Zainal mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati mengekalkan penampilan tersebut.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, soal bertudung adalah perkara serius yang bukan hanya menutup kepala atau rambut semata-mata.

“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan sahaja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja yang terbaik.

“Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada sahaja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan,” ujar Nad, 32, yang popular dengan drama rantaian, Dendam Seorang Isteri.

Enggan berjanji bulan dan bintang dirinya akan bertudung dalam masa terdekat, Nad percaya, seorang muslim juga perlu menjaga percakapan dan tindak-tanduk selari dengan seruan agama.

“Saya memang tiada nak berjanji dengan orang ramai atau nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah.

“Sungguhpun begitu, saya memang akan menjaga hantaran status selepas ini untuk kurangkan gambar ‘free hair’,” tuturnya.

Sering berkongsi gambar bertudung manis sejak kebelakangan ini, ibu kepada dua cahaya mata itu sangat menghargai komen-komen positif para peminat.

“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi.

“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira apabila ada orang mendoakan,” katanya seraya mendedahkan travelog yang diusahakan bersama pelakon Ungku Ismail Aziz untuk saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ bakal ditayangkan bulan depan.

Terdahulu, Nad menuai perhatian netizen apabila memuat naik untaian hantaran gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram yang memaparkan dirinya bertudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI