fbpx

Pelajar 14 tahun curi wang nenek RM64,000, edar kepada rakan sekelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tersebut mengedarkan wang kepada rakan-rakan sekelasnya di Sekolah Menengah Lake Weir di Summerfield. – Google Maps

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Florida, Amerika Syarikat mengedarkan wang tunai bernilai beratus-ratus dolar kepada setiap seorang rakan sekelasnya yang dicuri daripada peti keselamatan milik neneknya, lapor stesen penyiaran NBC News semalam.

Polis daerah Marion bertindak balas ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Lake Weir di Summerfield, Khamis lalu, selepas menerima beberapa laporan mengenai seorang pelajar memberikan wang kepada rakan-rakan sekelasnya.

Pegawai sekolah yang menjalankan pemeriksaan ke atas beg pelajar berusia 14 tahun itu menemui wang tunai berjumlah kira-kira AS$2,500 (RM11,847), kata timbalan polis. 

Remaja perempuan berkenaan pada awalnya mendakwa dia menerima wang tersebut daripada seorang bekas pelajar lain yang memintanya membantu mengedarkan wang itu.

Polis kemudian mendapati bahawa dia sebenarnya memecah peti keselamatan milik neneknya di rumah dan mencuri wang simpanan berjumlah kira-kira AS$13,500 (RM63,975). 

Nenek pelajar berkenaan memberitahu bahawa wang itu adalah hasil daripada jualan sebuah rumah miliknya, selain remaja tersebut mengaku memecah peti keselamatan tersebut menggunakan pemutar skru dan pencungkil besi.

Remaja tersebut tidak memberitahu sebab dia mengambil duit itu dan memberikannya kepada rakan-rakan sekelasnya, namun mengakui menyerahkan wang tersebut di sekolah dan perhentian bas.

Dia kini berdepan dakwaan mencuri sejumlah wang yang besar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI