fbpx

Sekali lagi majlis Syed Saddiq diganggu di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan individu membaling botol dan mercun di Majlis Malam Mesra Muo anjuran Muda di Muar, Johor, semalam.

PETALING JAYA – Baharu saja tular kes program anjuran Muda diganggu sekumpulan individu bermotosikal baru-baru ini, kini diganggu pula dengan balingan mercun dan botol di Majlis Malam Mesra Muo anjuran Muda di Muar, Johor, semalam.

Menerusi video yang tular di Twitter itu juga dapat dilihat sekumpulan individu saling bertolak sesama sendiri sambil terjerit-jerit.

Namun situasi tegang itu difahamkan berjaya ditenangkan dengan bantuan pihak polis.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran di Facebook, turut menzahirkan rasa kesal serta sekeras-kerasnya provokasi dan politik gangsterisme.

“Saya adakan majlis makan malam sahaja kenapa perlu ada provokasi lagi bukan saya buat apa-apa pun.

“Apabila tanya datang dari mana, mereka mula mengganas baling botol, mercun dan rosakkan kereta tetamu.

“Dalam ni ada bukti mereka baling mercun ke pihak kami.

“Kalau tak suka dan nak lawan, kita lawan melalui politik dasar dan khidmat. Kalau macam ni, tak ada guna. Masalah rakyat takkan selesai,” katanya.

Kejadian ini merupakan kali kedua majlis anjuran Muda diganggu pihak yang tidak bertanggungjawab.

17 Ogos lalu, program ceramah yang dianjurkan di Muar juga turut diganggu sekumpulan ‘mat motor’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI