fbpx

Kucing digigit teruk anjing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing milik jururawat digigit teruk meraih pelbagai komen sedih para pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Seekor kucing digigit oleh sekumpulan anjing liar meruntun hati warga TikTok khususnya buat para pencinta haiwan.

Menurut pemilik kucing tersebut, Salwa Umira atau lebih dikenali Wawa Umira, kucingnya kini berada dalam keadaan yang sangat teruk sehingga tidak mampu berdiri.

“Terima kasih kerana mendoakan dia. Kucing saya masih hidup, alhamdulillah. Tetapi bahagian belakangnya sangat teruk digigit,” jelasnya yang juga merupakan seorang jururawat.

Rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa sedih mereka dan berharap agar kucing tersebut berada dalam keadaan yang selamat.

“Awak mesti kuat sayang. Sedihnya, tidak terbayang jika kucing kita sendiri yang berada dalam situasi tersebut,” luah pengguna bernama @taring itu.

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman kucing mereka yang juga berada dalam situasi kucing malang tersebut.

“Kadang tak suka bagi kucing keluar rumah sebab saya takut jadi seperti ini. Tapi kucing-kucing ni degil nak keluar,” kata @raistakaful.

“Anjing tak bertuan memang jahat. Kucing saya ada juga dalam keadaan seperti ini,” komen @workwithgrace itu.

Kucing tersebut dikatakan sangat kuat kerana masih mampu bertahan meskipun berada dalam keadaan yang sangat parah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI