fbpx

Wanita dakwa wajah cantik jadi ‘lesen’ besar untuk kentut tanpa disyaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fraser menyakinkan pengikutnya bahawa orang tidak akan mengesyaki mereka kentut kerana memiliki wajah cantik. - TikTok

LONDON – Seorang wanita yang dikategorikan sebagai berwajah cantik menyarankan pengikutnya agar kentut tanpa rasa takut semasa sedang bersosial kerana orang tidak akan mengesyaki gadis jelita sanggup melakukan perkara seperti itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi satu video di laman TikTok, Mollies Fraser berkata, kentut di khalayak ramai tanpa disyaki orang lain adalah kelebihan yang perlu digunakan seorang wanita cantik.

“Jangan rasa takut untuk kentut dalam kelab malam kerana tiada orang akan percaya bahawa wajah secantik kita akan melakukan perkara tidak senonoh itu.

“Lagipun, bunyi muzik terlalu kuat untuk mengesan bunyi kentut itu datang daripada kamu jadi jangan tahan, jika mahu lepaskan ‘angin’, lepaskan sahaja,” kata Fraser.

Kenyataan Fraser turut disokong oleh beberapa pengikut yang lain yang mengakui pernah melakukan perkara sama dan tidak pernah disyaki orang.

Video tersebut menjadi tular dan telah diulang tonton sehingga 2.5 juta kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI