fbpx

Protes di Iran didakwa melarat ke penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap hitam dapat dilihat menjulang keluar dari tengah penjara Evin. - Twitter

TEHRAN – Satu kebakaran besar tercetus di penjara Evin, Iran yang menempatkan tahanan politik, wartawan dan warga asing, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Beberapa video yang dikongsikan di internet menunjukkan kepulan api dan asap di pusat tahanan yang terletak di tengah bandar Tehran, di samping bunyi tembakan serta letupan turut boleh didengari.

Seorang pegawai tempatan berkata, keadaan adalah terkawal, namun rakaman video menunjukkan situasi yang sebaliknya.

Maklumar terkini juga menyatakan terdapat empat korban nyawa telah dilaporkan akibat insiden berkenaan.

Insiden kebakaran itu berlaku ketika Iran dibelenggu dengan protes antikerajaan selama berminggu-minggu selepas kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis moral negara itu.

Wakil BBC Parsi, Rana Rahimpour berkata, buat masa ini, masih belum diketahui sama ada keadaan di penjara itu berkaitan dengan demonstrasi baru-baru ini.

Bagaimanapun, kebarangkalian itu adalah tinggi kerana beratus-ratus penunjuk perasaan telah dihantar ke Evin selepas ditahan semasa menjalankan demonstrasi.

Media kerajaan meminta agar kedua-dua situasi itu tidak dikaitkan dan memberi gambaran terdapat unsur jenayah yang mencetuskan kebakaran tersebut.

Menurut laporan media tempatan, rusuhan bermula dalam kalangan tahanan kewangan dan jenayah dengan lapan orang dilaporkan mengalami kecederaan.

Bercakap dari dalam penjara, Gabenor Tehran, Mohsen Mansouri memberitahu bahawa rusuhan itu berlaku di sayap penjara yang menempatkan penjenayah kecil dan keadaan sudah kembali tenang.

Bagaimanapun, keadaan di penjara ketika itu dipercayai masih dalam keadaan kacau-bilau dengan video terus disiarkan di media sosial menunjukkan api marak dan bunyi tembakan kedengaran di sekitar penjara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI