fbpx

Barcelona dah ibarat ‘pasukan mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI memantau latihan anak-anak buahnya menjelang aksi El Clasico menentang Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu malam ini. – AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mula me­lancarkan perang psikologi terhadap Barcelona menjelang aksi El Clasico pada saingan La Liga yang akan berlangsung di Santiago Bernabeu malam ini.

Pengendali dari Itali itu menyifatkan The Catalans sebagai pasukan ‘mati’ memandangkan skuad bimbingan Xavi Hernandez itu hampir tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas seri 3-3 dengan Inter Milan Khamis lalu.

Justeru, Ancelotti berharap barisan pemainnya tidak memberi peluang kepada Barcelona untuk kembali bernyawa dengan menewaskan pasukan itu, sekali gus memintas kedudukan sebagai pendahulu liga.

“Barcelona boleh dianggap sudah ‘mati’ ketika ini dan salah satu cara untuk mereka bangkit semula adalah dengan menewaskan kami pada perlawanan El Clasico nanti. Semua pemain tahu tentang perkara ini.

“Oleh itu, kami tidak boleh benarkan mereka membawa pulang tiga mata pada perlawanan tersebut. Saya mahu semua pemain anggap pertemuan tersebut sebagai perlawanan akhir yang sangat penting,” katanya.

Selain Barcelona, Real juga mahu menjadikan perlawanan itu sebagai detik kebangkitan apabila Los Blancos juga sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Sebagai rekod, Barcelona memiliki tonik lebih baik berban­ding Real menjelang perlawanan malam ini memandangkan mereka membelasah juara Eropah 14 kali itu 4-0 di Santiago Bernabeu dalam saingan La Liga Mac lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI