fbpx

Gudang simpan jual, beli mercun haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoong Fong (dua kiri) menunjukkan mercun dirampas pihaknya.

KLANG – Kegiatan penyimpanan dan penjualan mercun tanpa permit sempena Deepavali hanya bertahan selama 10 hari apabila berjaya dibongkar menerusi serbuan sebuah gudang di Jalan Dato Dollah di sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu berjaya merampas 226 kotak pelbagai jenis bahan letupan mercun dianggarkan RM 120,000 selain menahan seorang pemilik gudang tersebut yang berusia 48 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, semasa operasi dilakukan suspek lelaki itu duduk di luar gudang dan cuba melarikan diri namun gagal.

Katanya, siasatan awal mendapati operasi penjualan telah berlaku sejak 10 hari lalu di gudang itu.

“Mercun itu dijual secara borong kepada peniaga-peniaga jalanan bagi persediaan sambutan hari Deepavali yang bakal menjelang tiba.

“Hasil siasatan turut mendapati penjualan dan penyimpanan bahan mercun ini tidak melibatkan geng sebaliknya orang perseorangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil semakan mendapati pemilik gudang itu mempunyai rekod lampau berkaitan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tegas Hoong Fong, pihaknya telah mendapat perintah reman selama empat hari terhadap suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Polis juga sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap pemilik atau peniaga yang terlibat dengan penjualan bahan letupan mercun tanpa permit di kawasan Klang,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI