fbpx

Rambut pendek, elok – Iqram Dinzly cairkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Iqram dalam video TikTok yang dipuji netizen.

SUATU ketika dahulu, Iqram Dinzly sering terpalit dengan kontroversi yang mencemarkan nama baiknya.

Dituduh gila, hubungan songsang dan ajaran sesat. Itu semua antara cacian yang dilemparkan kepada pelakon itu.

Kini, Iqram sekali lagi mencuri perhatian ramai, bukan kerana cerita negatif, tetapi penampilan yang dikatakan sudah normal.

Kacak dengan gaya rambut pendek, Mizz Lahar lihat ramai yang cair dengan ketampanannya.

“Semakin kacak pula dengan penampilan rambut pendek yang kemas begini,” komen netizen.

“Dia dah okey ke sekarang? Kalau benar, alhamdulillah. Rindu Iqram yang pernah jadi crush dulu,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Nampaknya bukan disebabkan rambut sahaja, tetapi Mizz Lahar rasa perangai. Jika perangai elok, ramai yang akan kembali ke sisi semua iaitu peminat.

Sebagai selebriti, jagalah dari semua segi. Jangan biarkan diri hanyut dengan semua perkara negatif yang boleh menghancurkan karier sendiri.

MIZZ LAHAR: PRU dijangka diadakan seawal bulan November. Jangan ada berkempen dalam konsert sudah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI