fbpx

Hasni yakin ulang kemenangan PRN Johor dalam PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yakin gabungan itu mampu melakar keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sama seperti dilakukan pihaknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, hal itu kerana rakyat sudah sedar bahawa usaha pemulihan sosio-ekonomi rakyat perlu didasari kepercayaan yang utuh kepada kerajaan.

“Alhamdulillah, UMNO dan BN telah berjaya memenangi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Johor melebihi dua per tiga majoriti. Ia merupakan pencapaian bermakna bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada rakyat Johor dan negeri amnya.

“Insya-Allah, kita akan berikan yang terbaik untuk kemenangan kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi BN nanti. Ini kerana, Johor perlukan representasi yang lebih besar di Persekutuan.

“Representasi yang lebih besar akan membantu memacu kemakmuran negeri selari dengan Ikhtiar Barisan Nasional Johor dan agenda-agenda pembangunan negeri yang lain.

“Saya percaya, kita akan bersama-sama lakukannya sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah membuat keputusan menjadikan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ sebagai tema utama dalam manifesto PRU-15 Barisan Nasional.

“Kestabilan merupakan ramuan utama dan paling penting dalam menjamin kemakmuran sesebuah negara, dan kelancaran sesebuah pentadbiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI