fbpx

Pembubaran Parlimen, pentadbiran Melaka berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman Md. Ali

MELAKA – Pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tanpa sebarang perubahan susulan pembubaran Parlimen Ke-14 hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari berkata, hal ini kerana pembubaran itu hanya melibatkan pengundian bagi enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Jelasnya, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terkesan kerana telah melalui pilihan raya negeri (PRN) pada 20 November 2021.

“Daripada sudut pentadbiran negeri, tiada apa-apa perubahan sebab kita sudah selesai adakan PRN, jadi hanya enam kerusi Parlimen di Melaka sahaja yang terlibat dengan PRU-15.

“Ketua Menteri pun tetap akan jalankan tugas seperti biasa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan platform media sosial.

Beliau mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama dengan pilihan raya umum (PRU) peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI