fbpx

Bubar DUN : Pas akan bermesyuarat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas yang akan diadakan esok.

Mesyuarat tersebut dijadual diadakan di Kuala Lumpur.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas sebelum ini telah berulang kali menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan pada musim banjir.

“Tinjauan awam menunjukkan lebih dua pertiga rakyat tidak bersetuju PRU-15 diadakan pada ketika ini.

“Rakyat boleh membuat berbagai andaian tentang tujuan dan kehendak pembubaran (Parlimen) ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mengesyorkan kerajaan-kerajaan negeri selain Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor turut mendapat perkenan untuk membubarkan DUN masing-masing.

Dalam pada itu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu parti itu pada kelmarin telah memutuskan DUN bagi tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak dibubarkan sebelum bulan Mac tahun depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI