fbpx

Tiada klausa tetapkan lif khusus bawa barang tidak halal – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanda 'non halal lift' yang diletakkan oleh pihak pengurusan sebuah hotel tular di platform media sosial baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Tiada klausa khusus ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menetapkan lif tertentu untuk membawa bahan makanan tidak halal di premis termasuk hotel.

Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya juga menafikan menetapkan arahan penandaan ‘non halal lift’ di premis berkenaan seperti yang didakwa.

Menurutnya, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 serta Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 menjelaskan tiada sebarang klausa yang menetapkan bahawa pihak hotel atau premis perlu meletakkan penandaan ‘non halal lift’.

“Namun begitu, pihak hotel atau premis boleh menetapkan sebarang mekanisme kawalan halal yang bersesuaian dengan fasiliti hotel selaras prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.

“Kami ingin merujuk sebuah laporan media berhubung sebuah hotel di Kuala Lumpur yang meletakkan tanda ‘non-halal lift’ pada salah satu lif penerimaan bahan mentah hotel berkenaan.

“Dalam laporan berkenaan turut menyatakan arahan berhubung penandaan ‘non-halal lift’ merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Jakim,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur tampil memberi penjelasan berhubung tindakan mereka meletakkan pelekat non halal lift’ di dalam salah satu lif di premis mereka.

Dalam satu kenyataan, pengurusan hotel tersebut menjelaskan pelekat itu ditampal kerana lif berkenaan yang hanya digunakan bagi membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak.

Tindakan hotel berkenaan bagaimanapun mencetuskan kritikan dan reaksi dalam kalangan netizen.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI